Wednesday, September 1, 2010

Guru Pendidikan Islam PIPAQ/PIBA
Terhadap TEKNOLOGI



Dalam kemajuan teknologi pada masa kini, pelbagai kemajuan telah dicapai oleh manusia bermula dari teknologi mikro sehinggalah kemajuan teknologi nano, malahan lebih kompleks dari nilai fizik tersebut..pembagunan teknolgi ini semakin hari semakin bertambah dan meningkat penggunaannya dalam kehidupan, sehingga menjadikannya sebagai perkara terpenting dalam menjalankan sesuatu pekerjaan adapun tugasan. setiap pekerjaan yang ingin dilakukan telah dipermudahkan lagi dengan adanya teknologi-teknologi sebegini. kepentingan kepada kemahiran teknologi juga semakin hari semakin meningkat, sesuailah dengan landasan perkembangannya..sehiggalah ia melibatkan, seorang yang bernama guru. Seiring dengan kemajuan ini guru yang memikul tanggungjawab dalam memperkembangan ilmu-ilmu kepada anak watan seharusnya sedar akan petingnya teknologi dalam penyampaian ilmu mereka.

Isunya di sini benarkah sesetengah pendapat mengatakan guru-guru khususnya guru-guru pendidikan islam amatlah kurang menglibatkan diri dalam mengaplikasikan teknologi moden ini dalam proses p&p serta pengurusan data pelajar mereka.
apakah pandangan ataupun pendapat anda?

5 comments:

  1. Salam...
    Menurut pendapat saya,
    Saya bersetuju dengan isu yang saudara untaikan...Oleh itu saya menyarankan agar:
    1. Guru pendidikan Islam khasnya harus menpunyai kemahiran dalam penggunaan teknologi.
    2. Guru juga harus membiasakan diri menggunakan teknologi dalam p&p agar pelajar dapat memahami dengan lebih baik topik yang di ajar.
    3. Guru PI sepatutnya mengambil krusus berkaitan teknologi dan ICT.
    4. Guru harus menggunakan teknologi dalam pengurusan data juga dapat membantu guru dalam melancarkan tugasan dan mengurangkan bebanan kerja guru.
    5. Guru seharusnya tidak malu untuk belajar dengan guru-guru lain agar tidak buta IT.
    Sekian...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    saya juga bersetuju dengan pendapat sahabat bahawa guru khususnya guru Pendidikan islam kurang mengunakan teknologi dalam proses P&P. Namun bukan semunya begitu...Jadi kita sebagai bakal ustaz n ustazah yang bakal menjejakkan kaki ke sekolah nanti seharusnya mencari jalan untuk menangkis sebarang kutukan yang negatif kepada guru pendidikan islam.

    Jadi di sini saya sarankan kepada diri saya dan semua :

    1)Guru pendidikan islam perlulah menguasai ilmu teknologi dengan lebih mendalam.

    2)Sewajarnya guru pendidikan islam seharusnya di beri peluang untuk mengikuti mana-mana kursus teknologi yang di anjurkan pihak sekolah dan pihak-pihak yang berwajib.

    3)Selain itu, bakal-bakal guru haruslah didedahkan tentang kepentingan teknologi dalam proses P&P agar mereka dapat memahaminya dan akan berusaha untuk menguasai ilmu tersebut. Dan peranan ini seharusnya dimainkan oleh pihak sekolah dan universiti.Agar guru yang bakal dilahirkan mampu menguasai ilmu teknologi dengan jayanya..

    4)Yang seterusnya ialah,guru pendidikan islam seharusnya membuang tanggapan bahawa teknologi tidak diperlukkan dalam pendidikan islam. Kebanyakkan guru ini, dia beranggapan pendidikan islam sudah memadai di ajar melalui buku teks sahaja.

    5)Dan saranan saya yang terakhir ialah setiap guru pendidikan islam perlulah bersungguh-sunguh menguasai ilmu yang berkaitan.setiap pembaharuan yang ingin di lakukan hendaklah berterusan.dan jangan mudah berputus asa. Buktikan ustaz dan ustzah masa sekarang mampu brsaing dalam dunia yang serba canggih ini..

    SITI SAADAH MOHAMED
    A129673

    Wallahu'alam

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum……
    Saya bersetuju dengan pernyataan saudara. Namun begitu, kita janganlah hanya menyalahkan guru-guru sahaja kerana mungkin ianya disebabkan oleh kekangan atau halangan yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, saya ingin mengusulkan pendapat saya mengenai bagaimana guru pendidikan islam dapat meningkatkan penggunaan teknologi didalam proses P&P yang dijalankan. :
    1) Guru perlulah mengikuti kursus-kursus ICT untuk memantapkan diri mereka dengan teknologi.
    2) Guru perlu mengaplikasikan kemahiran yang telah di pelajari.
    3) Guru perlulah mempelbagaikan teknik pengajaran yang digunakan.
    4) Pihak sekolah perlulah menyediakan peralatan yang sewajarnya demi menyokong penggunaan teknologi di sekolah.
    5) Rakan-rakan guru yang lain perlulah memberikan sokongan dan tunjuk ajar bagi memastikan semua guru dapat menggunakan teknologi dengan sewajarnya.
    Sekian….

    Mohd Hafiz Bin Husin (A124287)

    P/S : sila follow blog saya dan berikan komen anda di sana. (www.atehapiz.blogspot.com)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Saudara,
    Saya tidak bersetuju dengan sesetengah pendapat yang mengatakan guru-guru khususnya guru-guru pendidikan islam kurang menglibatkan diri dalam mengaplikasikan teknologi moden ini dalam proses p&p serta pengurusan data pelajar mereka. Bagi saya:
    1.Bukan semua sekolah yang mempunyai masalah untuk menyediakan bahan P&P berteknologi

    2.Terdapat sekolah yang mewajibkan guru-guru menguruskan data-data pelajar menggunakan komputer


    3.Pihak kementerian telah menyediakan bahan bantu mengajar seperi VCD yang disertakan bersama buku. Tidak ada alasan untuk guru tidak boleh menggunakan teknologi kerana kemudahan telah disediakan.

    4.Pihak kementerian telah menyediakan kemudahan internet seperti wifi KPM untuk setiap sekolah yang mempunyai capaian internet.


    5.Program ICT untuk sekolah luar bandar juga telah dilancarkan. Setiap sekolah diberikan bahan-bahan ICT dan pelajar juga diajar dengan subjek komputer dalam pendidikan
    Sekian, terima kasih. Mohon usul cadangan diterima.

    MOHAMAD AKMAL AMALI BIN JAMALUDDIN
    A126874

    ReplyDelete
  5. assalamulaikum sahbtku..sugguh molek isu @permasalahan ini dibncangkan...
    pndagan sya. spt brikut:
    1. mungkin betul,ada segelintir guru pendidikan Islam khussnya, ada y kurang melibtkan diri dalm kes ini,sya x nafikan.
    2. pendedehan tntang ICT dikalangan pelajr akan menjdi kurang memuaskan,ini akan berlku jika guru tidak pandg serius masalah ini.
    3. untuk mngelakkan tanggapan @ sangkaan guru-gru madah lain trhdap kita, pastinya, perubahan demi perubahan perlu dilkukan. insyAlalh..hasilnya suka didengari.
    4.kita sbnarnya, ambil acuh tidak acuh dlm hal ini, dn setrusnya akan mandatangkan banyk msalah, spt msalah y diisukan o sahbt kita ni..
    5. saranan, perubhan saya rasa, perlu difikir bagaimana utk mengelakkan msalah ini trus berlku di kalangan puak-puak kita..insyAllah sama2 kita doakan, mga memperolehi perubhan y dinamis dan bertrusan suatu hari nnti..amin

    Mohd Suhaimi Mustafa.A129676

    ReplyDelete