Friday, December 24, 2010
Tuesday, December 21, 2010
Thursday, November 11, 2010
Perjalanku dipersada sementara bermula dengan penuh harapan dan cita-cita, rasa untuk mencari makna terus menyelinap ke sebalik mimpi, sudahku terlena akan satu perjalanan setelah menempuhi kehidupan yang realiti, begitulah gambaran yang boleh ku katakan buat perjalanku di pencarian ilmu sepanjang sem ini,
pejam celik-pejam tengok rupa-rupanya sudah berakhir sem 1 bagi tahun 2
Tuesday, November 2, 2010
KISAH DI SEBALIK TUGASAN DAN TANGGUNGJAWABKU
Saturday, October 30, 2010
Monday, October 25, 2010
MESIN JAHIT CANGGIH
LCD di mesin jahit pribadi,. Syarikat elektronik Brother mengeluarkan mesin jahit tipe Brother Quattro 6000D. Bukan mesin jahit atau mesin obras manual biasa, Brother Quattro 6000D mengunakan teknologi LCD muntuk menampilkan motif kain yang akan dijahit.Brother Quattro 6000D memiliki layar 4.5 x 7 inch dari Sharp HD LCD. Brother mengunakan teknologi InnovEye dan Up-Close viewer dengan menempatkan camera berdekatan dengan jarum jahit. Sehingga hasil jahitan akan tampil pada layar LCD dan pengukuran jahitan lebih persis. Penguna Brother Quattro 6000D dapat dihubungkan dengan USB untuk menampilkan gambar ke LCD monitor
RODEM KERUSI RODA GENERASI AKAN DATANG
Sekumpulan ahli penyelidik daripada Pusat Kajian dan Pembangunan Teknologi Robotik Veda di Jepun telah mencipta sebuah kerusi roda untuk golongan tua.Teknologi tersebut membolehkan golongan sasaran tersebut untuk naik dan turun daripada kenderaan yang dinamakan Rodem itu tanpa bantuan daripada sesiapa dan memberikan mereka kebebasan untuk bergerak
BOM AKUSTIK UNTUK MENYELESAI MASALAH LANUN
Anda pernah mendengar mengenai berita tawanan kapal Maersk Alabama sebelum ini yang menjadi berita utama dunia. Beberapa orang penembak tepat dan tentera laut diperlukan dalam misi menyelamat tersebut. Risiko dalam operasi seperti itu memang agak tinggi dan berkemungkinan menyebabkan kematian sama ada pihak tebusan, lanun tersebut ataupun pihak tentera itu sendiri. Bagi mengurangkan risiko menjadi tahanan lanun, kapal-kapal seperti itu kini dilengkapi dengan bom akustik iaitu sejenis alat yang mengeluarkan bunyi bising mengandungi tahap desibel yang mencukupi untuk membuatkan seseorang itu pekak secara kekal malah boleh menyebabkan hilang penglihatan. Ia bukanlah teknologi atau senjata baru kerana pernah digunakan untuk operasi di Iraq. Senjata ini dinamakan sebagai Long Range Acoustic Device atau LRAD dan akan dipasangkan pada kapal-kapal persiaran mewah dan kapal perdagangan
KOLAR UDARA GANTI TOPI KELEDAR
GAMBAR menunjukkan kolar udara mengembang di bahagian kepala satu patung dalam ujian yang diadakan di Sweden oleh syarikat Hvvding
STOCKHOLM - Dua pelajar reka cipta di Sweden menghasilkan perlindungan kepala alternatif untuk penunggang basikal dan motosikal yang tidak suka memakai topi keledar, lapor sebuah akhbar semalam. Perlindungan kepala itu dikenali sebagai topi keledar Hvvding yang merupakan kolar udara yang mengembang dalam masa 0.1 saat sekali gus melindungi kepala dan leher seseorang penunggang semasa kemalangan. Kolar udara itu yang dipakai pada bahagian leher penunggang, mengambil masa enam tahun untuk dicipta. Ia mengandungi beg udara yang dilipat rapi dan akan mengembang apabila sensor di dalamnya mengesan goncangan kuat atau lambungan. Sebuah silinder kecil gas helium kemudian mengepam kolar tersebut dalam masa cuma 0.1 saat. Seorang perekanya, Anna Haupt berkata, syarikat Hvvding merancang memasarkan rekaan itu ke Eropah Utara dan Britain pada awal tahun depan pada harga sekitar £260 (RM1,272) sebuah
Saturday, October 23, 2010
VIDEO PENGHASILAN BBM
MODEL JAMRAH
Di kesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Mejar Jasmy Abd Rahman dan juga Dr. Hj. Mohd Arif Hj Ismail di atas tunjuk ajar serta bantuan yang telah diberikan kepada kami sepanjang kuliah dan juga tutorial berlangsung. Saya mengucapkan beranyak terima kasih kepada ahli kumpulan saya di atas segala bantuan dan kerjasama sepanjang menyiapkan tugasan kumpulan dan juga perkongsian ilmu sepanjang sem ini. Terima Kasih..
selamat menonton dan selamat mencuba..
setelah beberapa hari membuat perancangan maka terhasillah sebuah bahan bantu mengajar yang berkaitan dengan Pendidikan Islam, BBM ini dihasilkan berdasarkan tugasan yang perlu dibuat dalam Kursus teknologi pendidikan..BBM ini adalah bertujuan untuk pengajaran dalam subjek pendidikan islam berkaitan ibadah haji. sebagaimana yang diketahui antara kaedah untuk memberi lebih kefahaman kepada pelajar dalam ibadah haji guru bolehlah menggunakan beberapa pendekatan antaranya menggunakan model2 yang berkaitan ibdah haji. model yang saya bawakan ini ialah berkaitan ibadah melontar yang merupakan salah satu dari wajib haji. sebagai gambaran hasil BBM tersebut saya lampirkan disini beberapa gambar yang diambil dari pelbagai sisi:
selamat mencuba.....
Wednesday, October 20, 2010
Penghasilan kulit buku ini merupakan salah satu dari tugasan untuk subjek Teknologi Pendidikan. Tugasan ini memberi peluang dan melatih pelajar dalam penggunaan komputer dalam segenap aspek kerja terutamanya dalam pengaplikasian dalam proses p&p nanti. Tugasan yang diberikan ini telah melatih diri saya dalam mempertingkatkan kemahiran menggunakan photoshop untuk mengedit dan menambah baik sesebuah gambar.
Wednesday, September 1, 2010
Terhadap TEKNOLOGI
Isunya di sini benarkah sesetengah pendapat mengatakan guru-guru khususnya guru-guru pendidikan islam amatlah kurang menglibatkan diri dalam mengaplikasikan teknologi moden ini dalam proses p&p serta pengurusan data pelajar mereka.
Sunday, February 28, 2010
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
•Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
•Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
•Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
•Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
•Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
•Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
•Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
•Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
•Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
•Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
•Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
•Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
•Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
•Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
•Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
•Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
•Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
•Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
•Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.
Friday, January 1, 2010
amalan bergantung pada niat
Hadith 1:
Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: -
" Bahwasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan bahwasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya."
Antara pengajaran hadis:
•Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik.
•Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah.
•Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.
•Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.
•Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.