Tuesday, December 29, 2009

AMAL DAN NIAT

AMAL DAN NIAT
Kata Imam an nawawi,
ketika mensyarahkan hadis pertama kitab arba'in an nawawi
apabila ada suatu amalan dan amalan itu diiringi dengan niat,
maka ianya ada tiga keadaan.

1- ia melakukan hal ini kerana takut kepada Allah swt,
maka ini ibadahnya HAMBA.

2- ia melakukan hal itu kerana mencari syurga dan pahala,
maka ini ibadahnya PEDAGANG.

3- ia melakukan hal ini kerana malu pada Allah SWT,
menunaikan hak ubudiyyah(kehambaan) dan menunaikan
rasa syukur. apabila ia merasa dirinya lalai dan bersamaan dengan
itu hatinya merasa takut. kerana ia tidak tahu apakah amalan itu
diterima atau tidak?ini ibadahnya ORANG MERDEKA.

dan yang ke-3 inilah diisyaratkan oleh rasulullah saw,

ketika Aisyah ra mengatakan pada beliau pada saat beliau
melakukan qiamulail sehingga ketika kedua tapak kaki baginda
bengkak,"wahai rasulullah, mengapa engakau melakukan hal ini
dengan bersusah payah, padahal Allah telah mengampuni
dosamu yang yang terdahulu dan terkemudian?"
Baginda menjawab " apakah tidak boleh aku menjadi hamba
yang banyak bersyukur?

(Muttafaq'alaih)

** muttafaq'alaih bermaksud hadis ini diriwayatkan
oleh imam bukhari dan muslim.

rujukan : syarah arba'in an nawawi, di syarah oleh imam nawawi,
imam ibnu daqiq al-id, syaikh abdurrahman as-sa'idi,
dan syaikh Muhammad al-utsaimin.
**********************************************************
merenung kepada kata-kata imam nawawi dan hadis yang
dibawakan, membuatkan kita berfikir, andai Rasulullah saw
yang semua dosanya telah diampunkan, masih beribadah
bersungguh-sungguh,
apatah lagi kita? yang dosanya begitu banyak, dan amalan
yang belum tentu diterima oleh Allah SWT. sepatutnya lebih
bersungguh-sungguh dalam beramal.

sedikit taujih(nasihat) untuk diriku dari sahabat.

ya akhi, sebelum beramal enta perlu ada ilmu.
amalan itu perlu dipastikan benar-benar dari nabi saw.
kerana syarat sesuatu amalan itu diterima ada 2:

1- Niat yang ikhlas kerana Allah SWT semata-mata.
2-Ittiba'(mengikut) cara yang ditunjukkan oleh nabi SAW.

wallahu'alam

No comments:

Post a Comment