Sunday, February 27, 2011

Pembangunan Ummah Di Zaman Khalifah Uthman
oleh: Safiuddin Shuhaimi

1.0 Pengenalan

Uthman Bin Affan ialah keturunan daripada Bani Umaiyah. Nama penuhnya ialah Uthman Bin Affan Bin Abu Al-As Bin Umaiyah Bin Abdu Syams Bin Abdul Manaf Bin Gusai. Beliau lebih muda lima tahun daripada Rasulullah s.a.w. Beliau menganut islam hasil dakwah Sayidina Abu Bakar, beliau juga merupakan hartawan lelaki pertama yang menganut Islam. Ketika beliau memeluk Islam kaum keluarganya daripada bani Umaiyah mengutuk keras tindakan beliau. Walaupun begitu Uthman Bin Affan begitu tabah dan tidak tunduk kepada tentangan daripada kaum keluarganya. Akhirnya beliau dipulaukan oleh kaum kerabat bani Umaiyah (Abdul Rani Mustafa 2003: 1)

Perlantikan Uthman bin Affan sebagai khalifah ketiga menggantikan Umar Al-khattab bermula setelah berlakunya peristiwa pembunuhan Umar oleh seorang lelaki berketurunan parsi bernama Abu Lukluah juga dikenali sebagai Fairuz (Muhammad Husain 1973: 2) Sebelum meninggal dunia khalifah Umar Al-Khattab melantik enam orang ahli majlis syura terdiri daripada Utman bin Affan, Ali bin Abu Talib, Abdul Rahman bin Auf, Zubir bin Awam, Sa’ad bin Abi Waqas dan Talhah bin Ubaidullah.

Ahli majlis syura berkumpul di rumah Al-Miswar bin Makhramah dan Abdullah bin Umar sebagai pemerhati. Abdul Rahman dan sepupunya Sa’ad bin Abi Waqas menarik diri dari perlantikan tersebut. Abdul Rahman telah dipersetujui oleh ahli majlis syura bagi mengetuai perlantikan khalifah tersebut. Setelah berlangsungnya perbincangan, akhirnya Abdul Rahman membuat keputusan dengan melantik Uthman bin Affan menjadi khalifah ketiga menggantikan Umar Al-Khattab. “Dengarlah dan saksikanlah, saya sudah melepaskan beban yang ditanggungkan di bahu saya dan saya letakkan di bahu Uthman” (Muhammad Husain 1973: 28) Orang ramai terus mengerumuni Uthman lalu menyatakan sokongan termasuklah Ali bin Abu Talib. Uthman bin Affan dilantik menjadi khalifah pada hari Isnin 29 Zulhijjah dan beliau memegang jawatan secara rasmi pada 1 Muharam tahun ke-24 Hijrah (Abdul Latib 2009: 117)

2.0 Penyelesaian Kes Pertama

Setelah memegang jawatan sebagai khalifah ketiga menggantikan khalifah Umar, Uthman secara tidak langsung telah berhadapan dengan permasalahan pertama dalam memastikan pembangunan ummah ketika itu, berjalan dengan baik dan teratur. Ini adalah lantaran daripada peristiwa pembunuhan Hormuzun, Jafna dan anak perempuan kecil Abu Lukluah. Pembunuhan ini berlaku berpunca daripada perasaan ingin menuntuk bela Ubaidillah di atas kematian Umar Al-khattab.

Ubaidillah bin Umar bin Khattab merupakan salah seorang anak syaidina Umar al-Khattab. Ubaidillah berasa sangat sedih di atas tragedi yang menimpa bapanya, Umar al-Khattab. Dia bersumpah untuk mencari siapa lagi pembunuh yang terlibat dalam kes pembunuhan ayahnya. Akhirnya Ubaidillah telah membunuh dua orang yang berketurunan parsi, Hormuzun dan Jafna. Alasannya ialah kerana dia yakin bahawa kedua-kedua tersebut terlibat serta bersubhat dengan Abu Lukluah dalam peristiwa pembunuhan ayahnya Umar. Tuduhan Ubaidillah terhadap Hormuzun dan Jafna semakin membara setelah mendapat berita daripada Abdul Rahman bin Abu Bakar, bahawa beliau terlihat kejadian aneh terhadap kelakuan Hormuzun dan Jafna sebelum berlakunya kes pembunuhan tersebut.

Beberapa hari sebelum berlakunya tragedi pembunuhan Umar, Abdul Rahman telah pergi sendiri ke rumah Abu Luklah dengan tujuan untuk menempah sebilah pedang dengan Abu Lukluah yang merupakan seorang tukang besi yang mahir dan terkenal. Apabila sampai dia terserempak dengan Hormuzan dan Jafna yang baru keluar dari rumah Abu Lukluah. Kedua-duanya kelihatan terperanjat melihat kehadiran Abdul Rahman, sewaktu itu Hormuzan sedang memegang sebilah pedang dan pedang itu terjatuh daripada tangannya kerana terperanjat (Adam Saleh terj. 1966: 21) Ditambah pula dengan penyaksian Abdul Rahman bin Auf bahawa ketika berlakunya peristiwa tersebut dia melihat pedang yang sama telah digunakan untuk menikam khalifah Umar (Abdul Latip 2009: 119)

Perkhabaran serta bukti-bukti tersebut telah membangkit kemarahan serta dendam Ubaidillah terhadap individu yang telah bersubhat dalam peristiwa pembunuhan ayahnya Umar. Hal ini menyebabkan Ubaidillah bertekad untuk membunuh serta membalas dendam terhadap kematian Umar, akhirnya Ubaidillah telah membunuh Hormuzan seterusnya Jafna dan akhir sekali anak perempuan Fairuz yang masih kecil. Peristiwa ini berlaku sebelum perlantikan Uthman sebagai khalifah. Orang ramai marah dan mengencam tindakan Ubaidillah akhirnya dia telah dipenjarakan di atas kesalahan tersebut.

Setelah Uthman bin Affan dilantik sebagai khalifah ketiga menggantikan Umar beliau terpaksa mengadili Ubaidillah bin Umar di atas peristiwa tersebut. Dalam hal inilah berlakunya perselisihan pendapat serta pandangan daripada kalangan para sahabat mahupun penduduk Madinah, berkenaan hukuman yang patut dijalankan terhadap Ubaidillah di atas kesalahan yang telah dilakukan. Malahan ditambah pula, sewaktu itu masyarakat masih merasai kehilangan khalifah Umar al-Khattab. Masyarakat sekitar waktu tersebut melontar berbagai pendapat serta pandangan terhadap peristiwa tersebut, ada dikalangan sahabat berpendapat Ubaidillah patut dijatuhi hukuman mati dan ada juga yang membantah hukuman itu kerana Umar bin al-Khattab baru sahaja meninggal dunia dan kini anaknya pula hendak dihukum bunuh.

Bagi khalifah Uthman bin Affan, itu adalah masalah pertama yang perlu diselesaikannya sebaik sahaja dilantik sebagai khalifah. Beliau telah berazam untuk menjalankan perbicaraan itu dengan adil. Bagi mengadili perbicaraan ini khalifah Uthman bertindak sebagai hakim dan Ali bin Abu Talib sebagai pendakwa. Amru bin al-Ash sebagai pembela, Zubair bin Awam, Talhah bin Ubaidillah dan Abdul Rahman bin Auf sebagai pemerhati.

Di akhir perbicaraan tersebut Uthman membuat keputusan bahawa Ubaidillah bin Umar telah bersalah dan dijatuhi hukuman qisas. Dan hukuman tersebut diserahkan kepada Al-Qamazban, anak kepada Hormuzan bagi menjalankan hukuman qisas teesebut. Namun begitu akhirnya Al-Qamazban membebaskan Ubaidillah dan perkara tersebut diistiharkan kepada orang ramai. Ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan Al-Qamazban yang telah memaafkan Ubaidillah. Mereka mahu hukuman bunuh tetap dikenakan keatas Ubaidillah. Sebagai menyatakan bantahannya, Ziayad bin Labid bersyair menyindir Ubaidillah dan mengecam Uthman. Peristiwa ini sekali lagi menguji kebijaksanaan Uthman dalam menyepadukan ummah ketika itu. Uthman mengambil tindakan memanggil Ziayad bin Labid lalu menasihati dan memintanya untuk menghentikan kencamannya itu dan akhirnya Uthman mengambil tindakan bijak dengan membuat keputusan membayar diat kepada pewaris yang terbunuh dengan menaggung dari hartanya sendiri (Muhammad Husain 1973: 49). Dengan keputusan tersebut keseluruhan kaum muslimin ketika itu bersetuju dan berpuas hati dengan penyelesaian tersebut dan akhirnya penduduk Madinah kemabali dengan kehidupan seharian (Mahmud Syakir 2004: 115)

3.0 Penubuhan Al-Dawawin

Al-Dawawin adalah sebuah badan sekretariat yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal pentadbiran negara. Segala laporan dan surat-menyurat mesti melalui al-Dawawin. Tujuan penubuhan al-Dawawin adalah bagi memudahkan pentadbiran khalifah Uthman bin Affan untuk memantau hal ehwal Negara Islam (Abdul Latif 2009: 132)

Sewaktu Uthman menjadi khalifah menggantikan Umar al-Khatab dia bertekad untuk membangunkan ummah dengan sebaik mungkin. Bagi merialisasikan perkara tersebut Uthman begitu teliliti untuk melantik seorang yang bertanggungjawab bagi memegang jawatan sebagai ketua al-Dawawin, ini adalah kerana jawatan tersebut begitu penting dalam menentukan corak pemerintahan khalifah nanti. Oleh itu beliau yakin Zaid bin Thabit paling sesuai menjadi ketua bagi al-Dawawin. Hal ini kerana, Zaid bin Thabit sewaktu zaman Rasulullah s.a.w. dia merupakan seorang penulis wahyu dan juga penjaga baitulmal. Selain tersebut, Zaid bin Thabit juga telah dilantik dan diberi kepercayaan untuk mengumpul ayat-ayat al-Quran sewaktu pemerintahan khalifah Abu Bakar dan juga khalifah Umar al-Khattab. Atas dasar tersebut khalifah Uthman menaruh kepercayaan kepada Zaid bin Thabit dan beliau akhirnya melantik Zaid menjadi ketua al-Dawawin. Dalam waktu yang sama jawatan Zaid sebagai penjaga baitulmal terus juga dikekalkan kerana ada kaitannya dengan al-Dawawin.

Dalam meneruskan usaha untuk membangunkan ummah sewaktu itu, khalifah Uthman memerintah kepada Zaid selaku tugas pertamanya sebagai ketua al-Dawawin dengan meminta Zaid menulis surat kepada semua gabenor yang memerintah wilayah-wilayah Islam di mana gabenor-gabenor tersebut dilantik oleh khalifah Umar al-Khattab. Dalam surat tersebut dimaklumkan tentang pemilihan Uthman bin Affan sebagai khalifah dan semua gabenor perlu memberi kerjasama dan taat setia kepada Uthman bin Affan.

Setelah beberapa lama Zaid bin Thabit mengetuai al-Dawawin dan baitulmal akhirnya disebabkan faktor usia Zaid yang sudah tua, Uthman mengambil keputusan dengan menggantikan Marwam al-Hakam sebagai ketua al-Dawawin dan Abdullah bin Arqam sebagai penjaga baitulmal bagi menggantikan Zaid bin Thabit yang sebelum ini memegang kedua-dua jawatan tersebut. Sewaktu Marwan al-Hakam menjadi ketua al-Dawawin semua gabenor berkumpul di Madinah bagi menyatakan sokongan kepada perlantikan Uthman bin Affan sebagai khalifah. 18 buah wilayah Islam dibawah pemerintahan Uthman bin Affan berkumpul menyatakan sokongan serta menyatakan taat setia mereka kepada Uthman (Abdul Latip 2009: 136)

Antaranya ialah Nafi’ bin Abdul Haris al-Khuza’I untuk Mekah, Sufyan bin Abdullah as-Saqafi untuk Ta’if, Ya’la bin Munyah untuk Sann’a, Usman bin Abi al-As as-Saqafi untuk Bahrain, Mughirah bin Syu’bah untuk Kufah, Abu Musa al-Asy’ari untuk Basrah, Muawiyah bin Abi Sufyan untuk Damsyik, Umair bin Sa’ad untuk Hims, Amr bin al-As untuk Mesir dan Abdullah bin Abi Rabi’ah untuk Janad (Muhammad Husain 1973: 53) Di kesempatan ini Muawiyah telah mewakili gabenor-gabenor yang lain membuat ucapan mengumumkan sokongan dan taat setia terhadap perlantikan Uthman sebagai khalifah. Dan pada akhir pertemuan tersebut Uthman mengumumkan pengekalan jawatan semua gabenor yang dilantik oleh Umar selama setahun, ini selaras dan bertepatan dengan pesanan Umar sebelum kematiannya.

Hasil daripada penubuhan al-Dawawin tersebut, kebijaksanan kepimpinan Uthman dalam membagunkan ummah ketika itu amatlah menonjol dan memperlihatkan kepada umum bahawa dengan adanya badan sekreteriat yang berkesan dalam pentadbiran sepertimana al-Dawawin, sesebuah umah dapat dibangunkan dan disatukan dengan baik. Hal ini jelas ditunjukkan dalam pemerintahan khalifah Uthman yang telah menubuhkan al-Dawawin untuk menguruskan hal ehwal pentadbiran negara ketika itu. Sehingga memperlihatkkan laporan dan urusan surat-menyurat berjalan dengan lancar, lantas membawa kepada penyatuan semua gabenor Islam sewaktu itu untuk memberi sokongan dan taat setia kepada perlantikan Uthman bin Affan sebagai khalifah ketiga menggantikan Umar. Sokongan yang diberikan oleh semua gabenor wilayah Islam tersebut telah mewujudkan suasana pembangunan ummah yang dibawa oleh khalifah Uthman bin Affan sewaktu tersebut.

4.0 Pengamanan Wilayah-wilayah Islam

Umat Islam telah Berjaya menakluki beberapa buah kawasan yang luas sebelum Uthman menjadi khalifah sedangkan bilangan tentera muslimin pada waktu itu amat sedikit jika dibandingkan dengan keluasan kawasan taklukan dan musuh-musuh yang menanti. Begitu juga selepas kedamaian dipulihkan setiap kawasan tersebut. Hanya sebilangan kecil sahaja tentera ataupun askar yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan dan keamanan negara (Mahmud Syakir 2004: 121)

Kerana luasnya wilayah-wilayah Islam, pihak Islam kekurangan pasukan tentera bagi menjaga keselamatan wilayah-wilayah tersebut. Akibatnya penduduk tempatan sering melakukan pemberontakan. Saki-baki tentera Parsi dan kerajaan Rom menghasut serta memberi bantuan kepada penduduk di bekas tanah jajahan mereka supaya memberontak (Abdul Latip 2009: 137) Dalam waktu yang sama perkara ini telah membuatkan penduduk-penduduk asal setiap kawasan jajahan itu besar kepala dan tidak taat kepada gabenor. Mereka juga enggang membayar cukai perlindungan. Lalu mereka bangkit untuk menentang agar penguasaan dapat dikembalikan ke tangan mereka.

Golongan hipokrit jahiliah dan para pembesar asal kawasan tersebut mula mencucuk jarum fitnah mereka terhadap kepimpinan khalifah Uthman (Mahmud syakir 2004: 122) Sebagai contoh tersebut panglima Jarir iaitu seorang panglima musuh yang berbangsa parsi telah berusaha mengumpul semula tentera parsi yang pernah dikalahkan oleh tentera Islam. Akhirnya dia telah Berjaya mengumpulkan kira-kira 10,000 orang yang masih bersemangat bagi meneruskan perjuangan mereka. Pembunuhan khalifah Umar al-Khattab oleh Fairuz atau Abu Lukluah menaikkan lagi semangat mereka bagi memerangi Islam dan merupakan isyarat mereka untuk memulakan penentangan mereka terhadap Islam yang dipimping oleh Uthman ketika itu (Muhd. Nur Iman 1998: 57) Perkara ini sudah tentu menjadi satu cabaran kepada khalifah Uthman dalam pemerintahannya untuk membangunkan ummah di wilayah-wilayah Islam sewaktu itu.

Dalam perancangan penentangan tersebut Jarir telah cuba meniupkan semangat para tenteranya dengan berbagai kata-kata yang memperlekehkan kepimpinan khalifah Utman bin Affan. Jarir cuba meyakinkan tenteranya dengan menyatakan umat Islam telah menjadi lemah selepas Umar al-Khattab dibunuh tambahan pula panglima Khalid bin Walid dan Abu Ubaidah al-Jarrah sudah tiada lagi, malah mereka juga telah dijanjikan dengan kerajaan Parsi baru yang lebih baik daripada sebelumnya. Kata-kata Jarir itu telah membangkitkan lagi semangat tenteranya untuk memerangi Islam.

Khurasan pernah pernah menjadi medan pertempuran antara tentera Islam dengan tentera Parsi. Selepas tentera Parsi dikalahkan oleh tentera Islam, penduduk Khurasan meminta perdamaian dan mengaku tunduk di bawah pemerintahan Islam. Namun begitu pada kali ini Jarir telah memujuk penduduk Khurasan supaya bergabung dengan mereka. Pada awalnya penduduk Khurasan menolak pelawaan Jarir untuk menetang Islam oleh kerana mereka begitu selesa dengan pemerintahan Islam yang adil namun setelah mendapat ancaman serta ugutan dari Jarir akhirnya penduduk Khurasan terpaksa akur dengan perancangan Jarir untuk memerangi Islam. Akhirnya mereka bergabung dengan pasukan tentera Jarir lalu menyerang serta membunuh orang Islam yang berada di Khurasan, kemudian mereka mengisytiharkan tidak lagi tunduk di bawah pemerintahan Islam.

Berita pemberontakan tersebut sampai ke pengetahuan khalifah Uthman bin Affan. Sekali lagi hal tersebut telah menguji kebijaksanaan Uthman dalam memastikan keamanan seterusnya membangunkan ummah di zaman pemerintahannya. Bagi memastikan keamanan dicapai Uthman segera membentuk pasukan tentera seramai 10,000 orang lalu melantik Abdul Rahman sebagai ketua, mereka diperintahkan pergi ke Syam dahulu serta menyerahkan pula kepimpinan kepada Muawiyah sebelum pergi ke Khurasan. Abdul Rahman segera menjalankan tugas tersebut sehingga sampai ke Syam dia menyerahkan pula kepimpinan itu kepada Muawiyah bin Abu Sufian.

Bagaikan mengantuk disorongkan bantal, apabila Muawiyah menerima perintah daripada khalifah itu. Tambahan pula sejak khalifah Umar al-Khattab lagi dia pernah meminta kebenaran bagi menghapuskan saki-baki tentera Parsi yang enggan menyerah diri itu. Tetapi tidak diizinkan oleh khalifah dengan harapan mereka akan menyerah kalah. Dengan beberapa perancangan dan strategi yang diatur oleh Muawiyah bin Abu Sufian akhir tentera Islam telah mencapai kemenagan dengan jayanya ditambah pula dengan kelalaian pihak musuh yang menganggap mereka menang mudah pada awalnya yang akhirnya memakan diri mereka sendiri. Jarir yang cuba melarikan diri dapat ditangkap lalu dijatuhi hukuman bunuh.

Dengan tumpasnya pasukan pemberotak itu, keadaan di Khurasan kembali aman. Para petani dan peniaga meneruskan semula aktiviti masing-masing. Lantaran itu Khalifah Uthman bin Affan membuat keputusan meletakkan Khurasan di bawah penjagaan Muawiyah bin Abu Sufian. Bagi mengelak berlakunya penghasutan dan pemberontakan daripada saki-baki tentera Rom dan Parsi, khalifah Uthman juga memutuskan wilayah Urdun, Hims, Qinnasrin, Palestin dan kawasan yang berhampiran dengannya diletakkan di bawah penjagaan Muawiyah bin Abu Sufian. Dengan itu wilayah yang diperintah oleh Muawiyah menjadi semakin luas dan ini secara langsung membawa kepada proses pembangunan ummah masyarakat di kawasan tersebut (Abdul Latip 2009: 141-146)

5.0 Penyeragaman Al-Quran

Sewaktu pemerintahan khalifah Uthman bin Affan , begitu banyak wilayah-wilayah yang telah menerima dakwah Islam. Percakapan dan juga perbualan masyarakat di tempat-tempat tersebut terdiri daripada berbagai-bagai bahasa dan juga dialek. Tambahan pula kewujudan dialek tersebut telah memberi kesan kepada pertuturan bahasa piawai Arab. Khalifah Uthman amat mengambil berat berkenaan permasalahan tersebut. Dia sangat cenderung untuk menjaga kesucian bahasa al-Quran yang diwahyukan oleh Allah s.b.t. Beliau begitu bimbang apabila mula menyedari seluruh masyarakat di bawah wilayahnya terdapat pelbagai perbezaan dalam bacaan al-Quran mengikut dialet masing-masing (Abdul Basit 2000: 41)

Ketika itu, Huzaifah bin al-Yaman bersama pasukan Muslimin yang lain terlibat dalam perang di Armenia dan di Arzerbaijan, pada tahun kedua atau ketiga kekhalifahan Uthman bin Affan. Dalam peperangan tersebut Huzaifah telah bertembung dengan sepasukan besar askar-askar Rom sehingga memaksa beliau meminta bantuan. Permintaan beliau itu segera ditunaikan oleh al-Walid bin Uqbah dari wilayah Kufah dengan menghantarkan Salaman bin Rabi’ah al-Bahili sebagai panglima tentera Kufah dengan itu maka bersatulah tentera-tentera Kufah dan Syam dalam perperangan menghadapi bala tentera Rom (Mahmud Syakir 2004: 145)

Dalam perang tersebut ramai tentera-tentera Islam dari Syam yang membaca menurut bacaan Miqdad bin Aswad dan Abu ad-Darda’, manakala tentera-tentera Islam dari Kuffah pula membacanya menurut bacaan Abdullah bin Mas’ud dan Abu Musa al-Asy’ari, manakala tentera yang baru memeluk Islam lebih menyukai bacaan dari bacaan Zaid bin Sabit. Dalam mengutamakan pilihan bacaan tersebut sebahagian mereka ada yang sudah melampaui batas sehingga timbul perselisihan yang membuat mereka tercerai-berai. Semakin lama semakin menjadi-jadi, sehingga terdapat dalam kalangan tersebut saling tuduh-menuduh menuduh di antara satu sama lain berkenaan kesalahan bacaan. Perselisihan itu smapai kemuncaknya mereka mula saling berselisih, melaknat dan terdapat yang saling kafir mengkafir dan yang lain mengganggap dirinya benar (Muhammad Husain 1973: 124-125)

Setiap golongan fanatik dengan bacaan mereka dan hampir-hampir perbezaan itu menimbulkan pertekaran dan perkelahian di antara ummah ketika itu. Melihat permaslahan dan perselisihan mereka dengan saling mengeluarkan kata-kata yang tidak baik, dengan pantas Huzaifah pulang ke Madinah dan terus menemui khalifah Uthman untuk mengetengahkan hal tersebut kepada khalifah. Tanpa berlengah lagi khalifah segera memanggil para sahabat dan bermesyuarat dan lantas beliau mengutuskan surat kepada Hafsah binti Umar dengan permintaan agar mengirimkan Mushaf yang dikumpulkan oleh Abu Bakar untuk disalin ke dalam beberapa Mushaf. Kemudiannya khalifah Uthman memutuskan untuk menulis semula mushaf dalam huruf yang sama dan menghimpunkan kaum Muslimin di zamannya dan selamanya dalam satu cara bacaan sahaja. Tugas ini diserahkan Zaid bin Thabit, Sa’id bin al-As, Abdullah bin az-Zubair serta Abdul Rahman bin al-Haris bin Hisyam (Muhd. Nur Iman 1998: 62)

Setelah kerja-kerja penyusunan tersebut sempurna khalifah Uthman bin Affan mengutuskan satu salinan kepada setiap wilayah dibawahnya. Khalifah Uthman memerintahkan untuk menghantar satu Mushaf ke Syam, satu Mushaf ke Mesir, satu Mushaf dikirimkan ke Basrah, satu Mushaf ke Kufah, satu Mushaf ke Mekah, satu Mushaf pula ke Yaman dan satu Mushaf lagi ditinggalkan di Madinah. Setelah mushaf-mushaf itu dikirimkan ke wilayah-wilayah tersebut khalifah mewajibkan supaya bacaan itu dipakai dan beliau memerintahkan mushaf-mushaf yang lain dikumpulkan dan dibakar (Muhammad Husain 1973: 126)

Ummat Islam ketika itu amat berpuas hati dengan semua mushaf tersebut dan orang ramai di zaman tersebut menamakan mushaf itu dengan nama Mushaf Uthman, ini adalah kerana ia ditulis menurut perintah dari khalifah ketiga Uthman bin Affan. Demikianlah Uthman memberikan tekadnya yang lurus dan jujur kepada tanggungjawabnya yang besar dan dipenuhi dengan kebenaran, kebijaksanaan serta keberanian dalam memastikan bacaan al-Quran dapat diseragamkan seterusnya membentuk pembangunan ummah di zaman pemerintahannya. Dengan ini al-Quran tetap terjaga kemurniannya sebagaimana diwahyukan oleh Allah s.b.t. kepada Rasulullah s.a.w. Allah telah menjamin pemeliharaan al-Quran dalam firmannya yang bermaksud:

“Sesungguhnya kami yang menurunkan adz-zikr (al-Quran) dan Kamilah yang memeliharanya”

(Surah al-Hijr 15: 9)

6.0 Kesimpulan

Keberlangsungan pemerintahan khalifah Uthman dalam mencorak dan membangunkan ummah berlansung selama 12 tahun. Dalam membangunkan ummah, pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu beliau tempuhi sehingga timbul pelbagai unsur-unsur fitnah yang cuba menggugat kebijaksanaan Uthman bin Affan dalam mentadbir Negara Islam sewaktu itu. Sebagaimana diceritakan dalam buku-buku sejarah, berkenaan pemerintahan beliau, begitu banyak pengolahan yang diketengahkan oleh sejarawan berkisarkan kepada pergolakan yang berlaku sepanjang pemerintahan khalifah Uthman sehingga hanya sedikit sekali menonjolkan jasa dan kebijaksanaan yang dibawa oleh beliau. Namun sebenarnya, begitu banyak jasa dan pengorbanan yang telah ditonjolkan oleh Uthman bin Affan dalam memastikan keadilan dan pembagunanan ummah sewaktu itu membangun dengan sempurna dan cemerlang.

Kebijaksanaan kepimpinan khalifah Uthaman dalam menyelesaikan berapa pertilingkahan ummah sewaktu pemerintahan beliau membuktikan kepada umum bahawa khalifah Uthman bin Affan begitu mengambil berat terhadap pembangunan ummah di zaman tersebut, sebagaimana dalam pertelingkahan isu bacaan al-Quran terdapat berbagai-bagai tomahan serta tuduhan yang muncul dalam kalangan ummah di zaman itu sehingga menimbulkan suasana laknat melaknati malahan kafir mengkafir disebabkan mempertahankan bacaan masing-masing. Namun dengan kebijaksaan dan kebertanggungjawaban yang ditonjolkan oleh Uthman bin Affan akhirnya beliau memutuskan untuk menyeragamkan bacaan dan juga tulisan al-Quran yang akhirnya membawa kepada penyatuan ummah sehingga ke hari ini.

Rujukan

Abdul Basit Ahmad. 2000. Uthman bin Affan: The Third Caliph of Islam. Riyadh. Maktab Darussalam.

Abdul Latip Talib. 2009. Uthman Affan Pengumpul al-Quran. Kuala Lumpur. PTS Litera Utama Sdn. Bhd.

Adam Saleh. 1974. Terjemahan: Othman, The Third Caliph of Islam. Jakarta. Sinar Hudaya.

Mahmud Syakir. 2004. Biografi Gemilang Uthman Bin Affan (Dzin Nurain). Jasmine Enterprise.

Muhammad Husain Haekal. 1973. Usman bin Affan. Cairo, Egypt. Dar al-Maaref.

Muhd. Nur Iman. 1998. Siri Khalifah Rasulullah Saw: Saidina Utsman Ibnu Affan. Kuala Lumpur. Darul Nu’man.

Wednesday, January 19, 2011

BUKAN APE CUMA NAK USUL JE PUN !!!!
petang sayu memekik riang,
angin mendayu mendodoi jiwa,
hajat di hati nak dapat senang,
tapikan nak buat camne mnyakit jiwa..
;
salam petang pembuka bicara,
luahan hati sudah ku sampaikan,
apakan daya ia xseberapa,
ditolak tu xpe..tapi jagan pula mematahkan.
;
sibuk diri xdapat lari
terpaksa pula jumpa dekan,
akhirnya kelas tak dapat dihadiri,
hati pula terpaksa merelakan.
;
kekusutan ikatan cuba dileraikan,
simpul mati seolah tiada harapan,
niat di hati cuba disampaikan,
hermmh apa dapat? ucapan dan syarah pemutus harapan.
;
hah...!!! pe ni tetiba boleh plak ye ana berpantun??ermmmmh pantun xlulus DBP boleh la, rima main hentam je..ni semua perasaan pasal td la ni..bukan apakan,jap tadi, baru je lepas beberapa minit,ana duduk kejap tepi tingkap bilik ana ni..biasalah dengan rutin harian ana,
balik petang duk je depan tingkap rehattttt tengok bukit kat depan ni..
herm sekali datang terkejut tul ana.. si budak first year ni memang memanaskan jiwa ana
dah tau ana tengah cuba melembut hati, ada ke patut tetiba je bakar enjin moto..
kuat betul..jenis xde perasaan kut,
pagi pun bakar,petang pun bakar, dah la first year, 2,3 org semua camtu..adui xprihatin la bdk2 skrg, ermmm hati yang ana cuba lembutkan ni tetiba naik plak temperature,
alkisahnya ada jgk kaitan dengan pantun kat atasssss tu..
pendek punya crita td ada la jumpa dekan kejap,
wakilkan Program PIBA tahun 2 yg sgt2 ku sayangi..
dalam meeting tu ana cuma bawa tiga usul je..rasa bersalah plak tak tanya semua sahabat2 apa pemasalahan mereka..terlupa..maaf ye kawan2
ana bawakan hanya tiga
1. permasalahan waktu clash
2. biasiswa KPM
3. galeri gerak minda
dan keempat lah yang nak jadikan cerita..OPKIM
alhamdulillah keempat usul trsebut diambil perhatian dan dijawab snirip oleh dekan dan timbalannya..untuk pengetahuan mmg fakulti bg maximum peruntukan RM2000
namun satu je rasa kesumat dalam hati ni,
memang la tau kan dia bagi 2 ribu tapi ana cubalah usulkan "bleh tak 2ribu tu naikkan ckit"?
erm alhamdulillah ianya dijawab dengan baik dan puas hati bila dengar..timbalan dekan yg jawap..tapi tetiba terdengar suara kat microfon tu, ada la sorg kakak tu..org kita la jgk..
panjang lebar la jgk ceramahnya..
"trima kasih pada fakulti kerana banyak memberi peruntukan dan bantuan kepada kami spnjang kami buat program yg lepas2..
kakak bukan apa cuma nak bg pandangan la ckit..buat adik2 kira ok la tu fakulti bagi sbyk tu,
kakak pun buat jgk program tu, dan program2 lain, tp bersyukur la kan fakulti bg sbyk tu..bila lagi nak aprove diri, kena blajar la cari duit..jgn harapkan fakulti semata2"
erm tu lah serba sedikit ana dapat tazkirah oleh kakak tu dalam meeting tu..
bukan ana nak marah taupun xbleh trima teguran, tapi cuba pikirkan balik.. hanya satu usul je kan?bukan paksa fakulti nak suh tambah, mungkin usul ni boleh manfaatnya oleh kita bersama..
ana usulkan bukan semata2 nak untuk ana, dan bukan jgk xbersyukur pada yg ada..tp bila ada platform apa salah kita guna kan? ni la tempat sesuai,ni kan tidak kat luar bukan main la ckp buat program guna duit snirip la,mcm2 ana dgr..tp bila dalam meeting syp je pun..
siap trima kasih lagi..ana tau la,tu mungkin cara nak bodek kan? ye la kan sebab program2 dia buat dah lepas so sedap la kan puji memuji ni..
tp apasalahnya kalau kakak tu bg tazkirah kat luar dari meeting..lgpun bukan sape adik snirip je kan...erm xpe la kak ana fahammmmm..anti kan akak..ana ni just anak bongsu je punnn..manja la katakan..nak duit pun lebih je sentiasa...
anak manjeeee...
trima kasih kakkkkk....syg kakak,, hehe tp buat kakak ku je la..Syuhainiza,Syuhaida,Siti Hajar dan Syuhaili.. ;)
;) sayang kam0000....doakan lembut hati din
اللهم لَيِّنتَ قَلْبُهُ صفي الدين كَمَا لَيِّنتَ لِدَوُدَ لَحْدِيدْ
"ya Allah Engkau lembutkanlah hati Sofiuddin seperti Kau lembutkan besi untuk nabi daud"

Thursday, January 13, 2011

Keindahan CiptaanNya Dengan Pelbagai Perasaan

erm apalah tajuk merepek aku hari ni..tp itulah yang berterbangan
melambai-lambai dalam benak pemikiran yg cetek ku ini..
dengannya berbagai benda dtg menerjah diri, sehingga rasa xbleh duk diam,
macam2 datang menjenguk lantas cuba mengetuk pintu benak kepalaku..
sikit demi sedikit ianya datang bertubi2 dengan
berbagai onahan dan tolehan yg xdapat ditangkis lagi dariku,
terpaksalah peti post ni menjadi diari lakaran aku pada hari ni..
jari-jemari seolah2 menari dengan paksaan dan arahan perasaan ini,
entah semacam je..terpikir jua wajarkah ku buat semua ini!!!!
tp apakan daya terpaksa jua ku coret luahan pada mu wahai post blog..
entahla hari ni balik je bilik aku duduk je atas kusi
menerjahkan mata keluar tingakap jendela bilik ku,
rupanya ia menjalar manyangkutkan perasaan jauh
semakin jauh tanpa sedar aku rupanya jauh meninggalkan bilikku,
fikiran menjelajah memikirkan sepanjang 2,3 minggu yang lepas mungkin melepasi lagi, entahlah..
mengapakah perasaan seperti ini datang dalam waktu sebegini,,
aku bukan nak kata apa..perkara yang aku tak sangka2 plak tu..
setiap kali aku terserempak..........
perasaan aku ni macam2 dtg nak nangis pun ada,
nak marah kat diri senirip pun ada,
rasa salah pun ada, rasa nak membantu pun ada..tapi semuaaa tu sebabnya aku perasaan aku snirip kut..
entah la nak cakap pun susah..asal tengok je~~~~~~~~~
perasan jadi xsedap hati nak je tanya~~~~~~
macam-macam aku pikir plak..
erm aku biarrrrrrrrrrrrkan je lah camtu..lantas aku talifon bonda dikampung terubat la jgk rinduku..xpe lah skurang2nya aku putus lamunan ke jendela td dengan suara bonda..alhamdulillah terubat la skit..
erm rupanya aku dah merepek banyak dah ni..
xsepernah aku tulis camni kat blog..
tetiba la plak haha..lawak2 tu la bila dikatakan dengan perkataan PERASAAN..
Smoga aku dapat uruskan Perasaan tu..

Friday, December 24, 2010

MOHON PERTOLONGAN
LESS!!!LESS!!! LESUUUUU

Tersebutlah alkisah...Setelah aku menjejaki beberapa buah kedai buku di sekitar Bangi dan Kajang dengan harapan dan tujuan untuk mendapatkan sebaik mungkin harga yang baik namun kelihatan hampa sedikit..tiada yg memikatkan hati..
semua yang ditawarkan hanyalah less 10% walaupun dengan pembeliaan melebihi 30 biji..aku ingatkan dengan beli banyak bolehlah less sampai 15%-20% tapi tak..
just tuuuuu je yang depa bagi..boleh dikira hampa la jgk kan?
tp kira ok la jgk kan, boleh jgk less cz biasanya kamus xde less..

ni la rupa buku tu..
kalaulah ada sapa2 yg sudi dan boleh tolong tuk dptkannya dengan harga lebih murah sgt alu2kan..jasa saudara/saudari, tuan/puan, datuk/datin amatlah dihargai..semoga pertolongan anda tersebut memperolehi ganjaran olehNya..terutamanya dalam membantu pelajar mencari ilmu..
semoga bantuan anda tersebut menjadi salah satu sedekah jariah dan diterima sebagai ibadah..Insyallah


BINGKASAN YANG TERSEDAR
Nukilanku untuk bingkasan, hari bermula dengan penuh harapan, dingin subuh sentiasa merindui si mata,
deruan kipas menghiasi sekujur badan mendodoi si telinga,
lena, lena, lena menghatui sentiasa, bilakah ianya akan tiba penghujungnya..
pagi jumaat 24 DEc tiba, masih mencari akan satu kemanisan yang sentiasa diidamkan,
mengharapkan ianya akan dicapai jua, lantas mahu ianya kukuh, tersegam dan
teguh dalam jiwa dan hati yang penuh dengan kegelapan senandung malam,
seolah melebarkan sarang setiap detik dan hari,
mahu merasai kemanisannya..kemanisan yang kekal yang boleh membentengi diri selalu
tak mahu ianya hanya sementara tapi mahu selamanya, mahu semahu mahu mahunya..

aku xmampu tanpanya, xmampu, xmampu..

sudah dilambung pelabagai ombak kelalaian, membadai jiwa, membunuh rasa manisnya sikit demi sedikit, sudah jauh rasanya darinya. aku mahukan nya..
titisan air mata mengharapkan dengan pengharapan,
ketenangan yang diidamkan, penjagaan yang ku mahukan,
perlindungan yang hendakkan, jagalah diriku dengan kemanisannya,
jauhilah aku dari kelalaian yang menjauhkan aku dari merasai kemanisannya,
lapangkanlah dadaku untuk capai kemanisanya,
berilah kesempatan untuk merasai kemanisanya,
capaikanlah untukku akan kemanisannya,
lemparkan lah aku dalam golongan yang merasai kemanisannya,
harapkan aku perolehi kemanisanya,
kekalkanlah kemanisannya padaku buat selama-lamanya,
aku xmampu tanpa kemanisannya,
jangan tawarkan perasaanku akan kemanisannya..
matikan aku degan kemanisanya, matikan aku dalam kemanisannya, hembuskan hembusan terakhirku dengan kemanisannya..

ku mengharap kemanisannya..bantulah aku..

"Allah yang menerangi langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti
sebuah lubang yang tak tembus, yang didalamnya ada pelita besar. pelita itu di dalam kaca, kaca itu pula seakan-akan bintang yang bercahya seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak barokahnya iaitu pohon zaitun yang tumbuh dipuncak bukit yang mendapat sinar matahari baik diwaktu matahari terbit mahupun pada waktu matahari terbenam, yang minyaknya hampir2 menerangi walau tidak disentuh api, cahaya di atas cahaya (berlapis2) Allah membimbing kepada cahayaNya siapa yang Dia kehendaki dan Allah mengemukakan berbagai2 perumpamaan bagi manusia dan Allah maha mengetahui bagi sesuatu" An Nuur 24:35

Tuesday, December 21, 2010

PERMULAAN KEAZAMAN MULA BERDETIK
Rintihan hujan mengiringi keberangkatan si pengazam ke sebuah pembukitan ilmu, deraian air menitis ke bumi sudah pasti seolah memahami akan sebuah hati yang mula merintis pelbagai onahan, penyesalan dan keazaman , ratapan mata merasai belum puas melihat bumi kekampungan sebuah desa, kicauan burung, kokokan ungas malahan tergiang2 akan suara bonda dan ayahanda. si pengazam mengagahi jua akan lembaran itu diletakkan ke tepi buat sementara walaupun jiwa masih merasai akan kemanisan melihat wajah org tua..terus digagahi jua memgang pemancu gear, klack dan minyak ditekan sedikit demi sedikit, memancu sebuah mesin meninggalkan rumahnya sedikit demi sedikit ia kelihatan mengecil dari pandangan ditelan oleh jarak lantas diri ini menoleh kedepan cuba melupainya seketika, tipu sekali jika dikatakan ianya boleh dilupai dengan sekilas pandangan..uncang pakaian dibawa menaiki sebuah gergasi merah bertingkat dua langkah perlahan melangkahi tangga meninggalkan bumi kelantan, air hujan berderai mengiringi, wajah org tua tetap di tatapi jua..gagah jua air mata jantan menahan sebak didada menahan kesedihan..maka perjalan sebuah permualaan keazaman sudah mula berdetik...bermulanya satu pemacuan kedepan mendepani cabaran..semoga kalian terus menongkah kedepan tanpa melupai untuk membantu yang ketinggalan..SALAM PERJUANGAN sahabat2ku..

Thursday, November 11, 2010

PENGAKHIRAN SEMENTARA

Perjalanku dipersada sementara bermula dengan penuh harapan dan cita-cita, rasa untuk mencari makna terus menyelinap ke sebalik mimpi, sudahku terlena akan satu perjalanan setelah menempuhi kehidupan yang realiti, begitulah gambaran yang boleh ku katakan buat perjalanku di pencarian ilmu sepanjang sem ini,

pejam celik-pejam tengok rupa-rupanya sudah berakhir sem 1 bagi tahun 2

sedar entah tidak kehidupan alam universiti berhenti seketika di sini..
setelah hampir 2 minggu menempuhi ranjau exam akhirnya kami tiba ke destinasi pengakhiran yang sementara..entah bagaimana rupanya pula gambaran perjalanan tersebut,
mungkin indah keputusannya nanti mungkin juga tidak,
namun semua itu aku serahkan padaNya,
moga2 usaha kita kalian mendapat ganjaran yang sebaiknya..
pengakhiran sementara ini, hanya seketika untuk dirasa oleh kita,
hanya berpanjangan selama 5minggu sahaja pada hematku,
ianya seolah-olah memberi makna yang besar kepada kita yang bergelar seorang pelajar, "CUTI SEM" fuhhh bila membayanginya penuh dengan harapan, apakan tidak kepenatan bergelumang dengan pelbagai kehidupan pengkuliahan begitu memenatkan,
ditambah pula dengan tugasan-tugasan yang bergantung membebani bahu,
ermmm boleh dikatakan penat juga otak memikirkannya,
sehabat2 PIBA seperjuanganku terus menongkah menuju kepunjak, aku mengambil akan kesempatan ini untuk mengucapkan selamat beristirehat bersama keluarga.
semoga perjalanan kalian dipersada jalan raya dilindungi dan memperolehi perlindungan dariNya..

sekalung perhargaan dan terima kasihku kepada sahabat2 ku khususnya khas buat ABE, NAJMI, KHAIRI, HADI, MUAZ, SUHAIMI, IHSAN, MUSTAKIM dan tak lupa juga buat pendebat kita AKMAL, dan begitu juga dengan sahabati2 muslimat yang lain..ku mengucapkan SELAMAT BERCUTI SEM dan SELAMAT AIDILADHA..nanti daging korban jgn lupa send kat sini skit..

k wassalam