Thursday, November 11, 2010

PENGAKHIRAN SEMENTARA

Perjalanku dipersada sementara bermula dengan penuh harapan dan cita-cita, rasa untuk mencari makna terus menyelinap ke sebalik mimpi, sudahku terlena akan satu perjalanan setelah menempuhi kehidupan yang realiti, begitulah gambaran yang boleh ku katakan buat perjalanku di pencarian ilmu sepanjang sem ini,

pejam celik-pejam tengok rupa-rupanya sudah berakhir sem 1 bagi tahun 2

sedar entah tidak kehidupan alam universiti berhenti seketika di sini..
setelah hampir 2 minggu menempuhi ranjau exam akhirnya kami tiba ke destinasi pengakhiran yang sementara..entah bagaimana rupanya pula gambaran perjalanan tersebut,
mungkin indah keputusannya nanti mungkin juga tidak,
namun semua itu aku serahkan padaNya,
moga2 usaha kita kalian mendapat ganjaran yang sebaiknya..
pengakhiran sementara ini, hanya seketika untuk dirasa oleh kita,
hanya berpanjangan selama 5minggu sahaja pada hematku,
ianya seolah-olah memberi makna yang besar kepada kita yang bergelar seorang pelajar, "CUTI SEM" fuhhh bila membayanginya penuh dengan harapan, apakan tidak kepenatan bergelumang dengan pelbagai kehidupan pengkuliahan begitu memenatkan,
ditambah pula dengan tugasan-tugasan yang bergantung membebani bahu,
ermmm boleh dikatakan penat juga otak memikirkannya,
sehabat2 PIBA seperjuanganku terus menongkah menuju kepunjak, aku mengambil akan kesempatan ini untuk mengucapkan selamat beristirehat bersama keluarga.
semoga perjalanan kalian dipersada jalan raya dilindungi dan memperolehi perlindungan dariNya..

sekalung perhargaan dan terima kasihku kepada sahabat2 ku khususnya khas buat ABE, NAJMI, KHAIRI, HADI, MUAZ, SUHAIMI, IHSAN, MUSTAKIM dan tak lupa juga buat pendebat kita AKMAL, dan begitu juga dengan sahabati2 muslimat yang lain..ku mengucapkan SELAMAT BERCUTI SEM dan SELAMAT AIDILADHA..nanti daging korban jgn lupa send kat sini skit..

k wassalam

Tuesday, November 2, 2010

KISAH DI SEBALIK TUGASAN DAN TANGGUNGJAWABKU

UJIAN MENIMPA KU
Bermulanya satu penceritaan dariku, hari kelihatan mendung dihiasi dengan kerintihan air yang gerimis membasahi jalan, aku merenung jauh memandang sejauh pandangan, tingkap bilikku sentiasa terbuka memaparkan keindahan kehijauan menutupi Kolej Ku yang digelarkan KerIs Mas, sayu melihatnya merintih membasahi tanah terus mengalirkan air menghakis bukit berhadapanku..aaahhh aku kembali tersentap teringat akan satu amanah buatku, tak kesempatan pergi jauh lamunanku tiba-tiba satu deringan mula kedengaran, kembali aku tertumpu pada Satu Gajet yang digelarkan "handset" owhhh rupanya satu pesanan buatku dari pengirimnya iaitu sahabatku KHAIRI namanya "Din kul 10'30 g hantar tekno" sebegitulah rupa bunyinya
Kisah penceritaan Bermulanya di sini, jam di almariku menunjukkan 10'15 fuuuuhhhh kalut jugak dibuatnya, tapi apakan daya satu amanah yang patut ku tunaikan, kepenatan sahabat2ku terutamanya Najmi,Muaz,Khairi dan Hadi haruslah aku tidak lupai, begitu besarnya bantuan mereka padaku, di saat ku mulai bersiap tiba satu deringan berbunyi kembali, " Din ko ada tak Soft Copy tentang Soal slidik kalau ada aku nak, hantor kal email, Din, aku nak printnya kat kedai nanti" sebegitulah rupa bunyinya..pada hematku mungkin aku boleh bantu kawanku dalam keperluan sebegitu, lantas aku buka laptopku dan hantar file tersebut, dalam terkejar2 masa sebegitu, sempat lagi ku berfikir panjang, "boleh je aku printkan soal selidik tu..skurang2nya kalau aku printkan mungkin boleh buat Back Up nanti entah2 email yang ku hantar tadi tak sampai" tanpa berfikir panjang aku terus mencetak alangkah UJIAN BUATKU MULA KELIHATAN printer ku mula buat hal, baru semalam aku gunanya, masih ok je..fuhhh semuanya kelihatan kelam kabut, dengan time dah melebihi perjanjian, cetakan kerja yang nak dihantar pun belum buat, bahan-bahan tugasan pun belum dikemas lagi..ermmmmmm Naaaaasib la badannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.

Tugasku, amanahku, perjanjianku memanjangkan masalahku, mula mengelisahkan jiwa yang merasa, semua kerja dibuat kelihatan tidak kena, apa yang dibuat ada aja benda-benda kecil yang melintangkan bahteranya menghalang kesenangan dan kelapangan diri..

beginilah jadinya bila kerja last minute dibuat..kelam kabut jadinya Kursus GGGE 2153 banyak mengajar akan diriku....erm nakkan jadi cerita lepas aje balik dari jumpa Mejar Mohd Jasmy, diriku terus mencabar diriku sendiri.. "printerku dah rosak, aku kena baiki.." haaaaaaa di sini lah sebenarnya ceritaKu heheheheh
JOOOOMMMMMM tengok apa hasil metakognif dan kognitif ku dalam mengaplikasikan Teknologi...
PERCAYAKAH, BOLEH LAKUKANNYA?
beginilah keadaan printerku pada awal langkah mengexplore....hanya dengan menggunakan 2 jenis skru driver..
berikutnya aku memberani langkahku untuk menanggung segala risiko kemungkinan kerosakan semakin tinggi, dengan membukanya keseluruhan printerku...
sebeginilah rupanya,
meneliti sebaik2nya dan mencari punca kerosakan...dilihat secara zahirnya seolah-olah tiada harapan untuk menjadikannya sebagaimana yang asal..namun ku percaya bahawa ku mampu lakukan..
setelah diteliti dan dicari puncanya..rupa2nya ada sebiji benda yang menghalang pergerakan-pergerakan gear-gear yang terdapat dalam printer tersebut..ianya hanya sekecil sebiji batu kecil..sungguh tidak di sangka dengan benda sekecil ini dapat memporak-perandakan segala kelancaran kerja serta mengganggu emosi manusia..walaupun printer ku ini hanyalah murah harganya pada pandangan umum namun bagi diriku sebagai seorang yang bergelar pelajar ia amatlah bernilai di sisiku..
inilah rupanya benda yang menghalang function printerku..
tengoklah dengan hanya sekecil ini, ia boleh menyebabkan segala fungsi sesebuah perkara tidak dapat berjalan dengan lancar, sehingga menyebabkan diriku seolah-olah serabut memikirkannya tambah-tambah lagi dengan adanya kerja yang perlu dilunaskan oleh ku, namun aku haruslah bersabar dengan ujian ini moga2 ia ada hikmah buatku..
Hal ini membuatkan diriku teringat akan dalil yang pernah disampaikan oleh seorang penceramah bebas tetang satu ayat yang terdapat dalam surah al-baqarah iaitu berbunyi
"Allah tidak malu untuk membuat perumpamaan dengan seekor nyamuk atau yang lebih rendah(kecil) dari itu", kerana "bagi mereka yang beriman, mereka yakin bahwa perumpamaan itu adalah kebenaran dari Tuhan mereka tetapi mereka yang kafir berkata "apa maksud Allah dengan perumpamaan ini? dengan perumpamaan ini banyak orang dibiarkan-Nya sesat, dan dengan itu juga ramai diberi-Nya petunjuk, tetapi tidak ada yang Dia sesatkan dengan perumpamaan itu selain orang-orang yang fasik ." (Surat Al-Baqarah:26)
Alhamdulillah akhirnya printerku dapat kembali kepada yang asal..dan kembali berfungsi sebagaimana sebelum ini..subhanallah.....